WE ARE ONLY ONE AND STILL ONE...WE CAN'T DO EVERYTHING....BUT WE CAN DO SOMETHING....LET'S DO IT TOGETHER

Wednesday, August 25, 2010

Program Biskut Raya

Sepanjang Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini , Para guru dan pelajar telah bergabung tenaga untuk menghasilkan biakut raya pelbagai jenis. Program ini dapat mengcungkil bakat terpendan para pelajar dalam menghasilkan kuih raya. selain itu juga ianya  adalah sebahagian daripada proses P&P secara tidak formal untuk menyediakan para pelajar dengan alam kerjaya sebenar apabila mereka tamat sesi persekolahan. Berikut adalah sebahagian daripada corat-coret dan gambar yang sempat dirakan oleh lensa kamera kami.

Wednesday, June 2, 2010

Pameran Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Pontian 2010

Pada Tanggal 31 Mei 2010, Unit Pendidikan Khas SMKDMYS telah dijemput untuk mengadakan pameran dan jualan sempena Sambutan Hari Guru Peringkat daerah Pontian Yang berlangsung di SMK Benut.

Friday, April 23, 2010

Perasmian Minggu Semarak Kasih

Objektif Minggu Semarak Kasih adalah untuk megeratkan hubungan antara para pelajar dengan masyarakat. Selain itu melalui Program ini pelbagai masalah dan isu mengenai Pendidikan Khas akan dapat dibangkitkan dan bersama-sama kita mencari jalan penyelesaiannya.

Thursday, April 1, 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI 2010

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Negeri Johor telah berlangsung pada 10 dan 11 April 2010.
Kontinjen Daerah Pontian telah menghantar seramai 36 orang atlet untuk bertanding dalam beberapa acara.
Pada Kejohanan Olahraga yang berlangsung di Stadium Kluang Barat, Kontinjen Daerah Pontian telah berjaya memperolehi pencapaian seperti berikut:-

Wednesday, March 10, 2010

Langkah-Langkah Membuat Anyaman Bakul daripada Kertas

Langkah Demi Langkah Belajar Buat Sendiri Anyaman Bakul Kertas

Projek Bakul Kertas adalah salah satu kemahiran yang ditawarkan kepada pelajar Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nanas, Pontian, Johor

Kepada anda yang berminat untuk mempelajarinya marilah sama-sama mengikuti cara membuatnya melalui Langkah-langkah Membuat Anyaman Bakul daripada Kertas

bersama pakar kraf bakul kertas Mohd Fikhery Bin Jamali

Thursday, January 21, 2010

Perkhemahan 1 Malaysia Negeri Johor


Seramai 7 orang pelajar telah menyertai Perkhemahan 1 Malaysia Peringkat Negeri Johor pada 16 Disember 2009.


Tuesday, January 19, 2010

Selamat Kembali ke Sekolah

Akhirnya tahun 2010 telah menjelma. Pada tahun ini kami telah menerima 5 orang pelajar baru dan seorang guru baru. Semoga dengan kehadiran warga baru akan dapat memantapkan perjalanan Unit Pendidikan Khas SMKDMYS dengan jayanya.

Memori Sepanjang Zaman

Daily Calendar